Daisypath Anniversary tickers
Catatan Kehidupan Seorang Khalifah

Friday, 31 August 2012

traveling around Malaysian...


Meneroka alam Ciptaan ALLAH SWT di dalam dunia ini adalah satu nikmat yang paling besar.. Sungguh indah alam ini.. Subhanallah...


Thursday, 2 August 2012

Ceramah Ustaz Azhar (Gaji Isteri)


Jom layan ceramah agama Ustaz Azhar,

Part 1


Part 2


Part 3


Part 4


Part 5


Semoga kita semua dapat manfaat dari ceramah ini.



Wednesday, 1 August 2012

Ceramah Ustaz Azhar ( solat2 sunat)

Salam, saye kumpul slot penuh ceramah Ustaz Azhar Idris berkaitan Solat-solat sunat


Slot 1


Slot 2


Slot 3



Slot 4



Slot 5




Best dengar ustaz nie bagi ceramah.. Layan

Ustaz Azhar Idrus Yakin Rezeki Allah

Ustaz Azhar Idrus_Yakin Rezeki.



Mari kita dengar dan hayati ilmu yang disampaikan

Saturday, 21 July 2012

Ramadhan 1433

Salam semua,

Alhamdulillah, hari ini 1 ramadhan 1433 h, bersamaan 21/7/12. allah masih memberi keizinan untuk aku terus berpuasa bertarawih dan mealukan ibadah lainnya.

Aku juga bersyukur sebelum ini aku dapat berpuasa sunat pada bulan rejab dan syaban.. Bukan ape x adelah terkejut sangat bila nak berpuasa bulan Ramadhan.

Aku juga bersyukur, kerana hari ini juga merupakan kali pertama aku menyambut Ramadhan bersama suami tercinta. sebelum2 nie terpisah, sorang sahur kat sini sorang sahur kat sana.

Ramadhan kali ini aku juga buat beberapa perancangan:


  1. Aku wajib 'Qatam' Al Quran.. Sbb dah lama sangat aku x 'Qatam'. Bukan aku x baca Al quran tapi aku cuma membaca beberapa surah untuk di jadikan amalan. (hehe bueh pulak mcm tu)
  2. Aku x mahu miss solat tarawih,( solat tarawih nie setahun sekali jer) solat tahjud, solat taubat dan lain2nya.. Yang lepas2 aku bnyk ponteng tarawih.. sbb ape, sbb MALAS. (Kalo mama tahu habis aku kena sekolah agama balik)
  3. Aku mahu memperbanyakkan sedekah, bukan sebelum nie x bersedekah.. cume kurang sikit.. mg2 selepas nie aku menjadi insan yg bnyk bersedekah.
  4. Aku mahu menikmati ramadhan kali ini sepenuhnya. Sbb kita x tahu tahun depan dapat x kita berjumpa lagi dgn Ramadhan yang akan datang. (MATI ITU PASTI, HIDUP INSYA ALLAH)
SEMOGA RAMADHAN KALI INI MEMBERI KEBERKATAN DALAM KEHIDUPAN KU 
AMIN

** jom hayati lagu nie




Thursday, 12 July 2012

Jom Kita Bersedekah



Bersedekah menutup 10 pintu kejahatan.Bersedekahlah dengan sebaik-baik barang yang ada pada kita.




Sedekah ada 10 kelebihannya, 5 di dunia dan 5 di akhirat :



5 DI DUNIA
  1. Menyucikan Harta
  2. Kesihatan Tubuh Badan
  3. Menolak Bala dan Penyakit
  4. Mengembirakan Orang Miskin & Orang Mukmin 
  5. Diberkati hartanya dan Diluaskan Pintu Rezeki.


5 DI AKHIRAT
  1. Diberi Naungan Dari Panas Akhirat.
  2. Diringankan Hisabnya.
  3. Diberatkan Timbangan Amalanya.
  4. Dimudahkan Melalui Titian Siratulmustakim.
  5. Ditambah Darjatnya Di Dalam Syurga.



Banyaknye kelebihan bersedekah, ape tunggu lagi ? jom kita bersedekah.



Monday, 9 July 2012

Anak

Lama x update blog sendiri.. huhu mcm sibuk sangat. ok sekarang nie aku rasa malas nak fikirkan pasal anak.. bukan x nak cuma x mahu terlalu fokus. kadang2 bila di fikirkan sangat aku akan jadik bingung dan bermonolong dgn diri sendiri.. kalo benda positif x ape.. tapi kadang2 buleh tersasar.. nauzubillah.. aku salahkan diri, salahkan takdir, salahkan kehidupan yg awal sangat kawin.. mcm2 yg yg aku fikirkan.

Tapi bila aku baca buku2 motivasi, dengar ceramah agama, berkawan dengan orang baik akhlak, walaupun x banyak yg berubah dalam  kehidupan aku.. tapi yang sedikit itu yang membantu untuk aku bangkit.. aku perlu sedar bahawa hidup dalam perkahwinan bukan nak anak semata2. tapi mencari kebahagian, keberkatan dalam menuju cinta yang abadi hingga ke JANNAH Ilahi.

Benar anak itu pengikat kasih sayang dan penyambung waris suami isteri.. tapi bila kita fikir2. anak itu hak siapa? anak itu siapa yang punya? anak itu datang dari mana?  ANAK ITU HAK ALLAH.

Anak itu dilahirkan bersama AMANAH. Bukan suka suki diberi, Bukan untuk dibanggakan. Bukan mudah untuk melaksanakan AMANAH ini sebaikya.. Bila saya renungkan kembali.. ALLAH tahu saya dan suami mugkin belum sedia untuk melaksanakan AMANAH ini sebaik-baiknya.

Anak itu Amanah dari ALLAH, Anak itu Hak Allah. jadi kita perlu bertangjawap ke atasnya..

Wednesday, 4 July 2012

Selamat Hari Lahir Sayang

SELAMAT HARI LAHIR SUAMIKU..

Wahai Suamiku,

Perkenalan kita diaturkan Allah dalam suasana yang tidak terduga.. Tidak lama selepas perkenalan itu kau meluahkan perasaan cinta.

Hampir 3 tahun kita menjalinkan cinta,  kita diijabkabulkan di dalam suasana yang damai. Kita diraikan dalam suasana yang sederhana tetapi meriah..  Biarlah sederhana tetapi keberkatan majlis itu yang kita mahukan sebenarnya.

Wahai Suamiku,

Usia perkahwinan kita telah pun berusia 3 tahun bulan lepas. Alhamdulillah syukur dengan nikmat yang diberi. Dalam tempoh 3 tahun suka duka rumahtangga kita lalui bersama. Walaupun kita ini kita belum lagi dikurniakan zuriat, namum percayalah ALLAH nak beri rezeki yang lain dulu sebelum kita diberi anak.

 Wahai Suamiku,


Bersamalah kita menimba ilmu sebelum kita memiliki permata hati agar kelak kita menjadi ibu bapa, pendidik yang beriman dan bertangjawap kepada mereka.


Wahai Suamiku,

Pimpinlah tangan ku dan anak2 kita kelak menuju ke Jannah Ilahi..

Ya Allah, masukan kami dalam keluarga yang bersyukur.  Panjangkan umur suamiku dgn keberkatan. Limpahkan kehidupannya dengan rahmat kasih sayang mu.. Kurniakan kami zuriat yang solah dan solehah, yang mentaati perintahmu, yang menjauhi laranagn mu dan berberbakti kepada kedua orang tuanya. Amin.




Wednesday, 13 June 2012

Aku mahu sihat


Salam semua,

kepala rasa pening bila memikirkan cara nak menurunkan berat badan, bukan ape berat  dah lebih dari yg sepatutnya.

Kenapa perlu turunkan berat badan,


  1. Sebab nak zuriat.
  2. Sebab nak jauhkan penyakit2 kronik
  3. Sebab bila kita sihat, kita akan susahkan orang lain.
  4. Sebab mudah untuk beribadah, bila badan sihat nak beribadah pun senang.
  5. Sebab mahu suami lebih sayang pada diri saya. 
Sapa kata kurus itu sihat, mmg x nafikan orang kurus pon bueh sakit tapi kebanyakkan yang sakit kencing manis, darah tinggi dan sakit jantong (sakit 3 serangkai) adalah mereka yang gemuk.

katakan tidak pada BERAT YANG BERLEBIHAN.

Tuesday, 12 June 2012

Rawat PCOS


Bagaimana PCOS dirawat?
Rawatan bergantung sepenuhnya pada gejala anda dan juga keinginan anda untuk hamil. Saranan selalunya diberikan tentang pemakanan seperti pengurangan karbohidrat dalam diet dan senaman untuk mengurangkan tahap insulin. Bagi mereka yang ingin hamil, ubat subur seperti clomid atau Gonal F akan diberikan untuk mencetuskan ovulasi. Dalam kes- kes dimana ubat subur tidak begitu efektif, ovarian drilling mungkin disarankan untuk memecahkan cyst cyst kecil pada ovari.
Wanita dengan PCOS harus menyedari potensi risiko kesihatan jangka panjang. Risiko untuk mendapat kanser rahim dan kencing manis adalah tinggi.
PCOS juga dikaitkan dengan penyakit jantung, tahap kolesterol yang tidak normal dan tekanan darah tinggi dan wanita yang mengidap PCOS dinasihatkan menjalani pemeriksaan kesihatan secara rutin. PCOS adalah masalah yang anda alami sejak anda dilahirkan dan setakat ini tiada ubat untuk menyembuhkan penyakit ini sepenuhnya. Walaubagaimanpun dengan rawatan yang tepat, gejala PCOS pasti dapat dikawal.

*** x nak penyakit kencing manis, x nak sakit jantong..

dari web alamhamil.com

Monday, 11 June 2012

Arhggg Berat Badan


Saya seorang yang mempunyi berat yang berlebihan. Adakah ini akan mengurangkan peluang saya untuk mengandung?

Tak semestinya. Itu bergantung kepada kitaran haid anda samada ia normal atau tidak. Sekiranya kitaran haid anda setiap 28 hari, berat badan anda mungkin tidak akan menganggu peluang anda untuk hamil. Tetapi bagi yang terlalu gemuk, anda mungkin akan mengalami ketidakseimbangan hormon yang menyebabkan kitaran haid yang tidak rata dimana ovulasi tidak berlaku. Bila ovulasi tidak terjadi, kehamilan tidak akan berlaku.

Mempunyai berat badan yang berlebihan berkait rapat dengan keadaan yang dinamakan polycystic ovarian syndrome (PCOS). Mereka yang menghadapi masalah ini tidak mempunyai cukup hormon untuk menyebabkan telur matang dalam ovari seterusnya gagal untuk dikeluarkan semasa proses ovulasi.
Sesetengah wanita juga mempunyai banyak hormon insulin yang menyebabkan terhasilnya hormon androgen secara berlebihan. Hormon androgen yang berlebihan ini akan menganggu proses ovulasi dan menyebabkan anda sukar untuk hamil.
Kegemukkan juga menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan bayi melalui teknik bayi tabung uji (IVF) kerana ia menganggu pemindahan janin ke rahim.
Walaubagaimanapun, ada berita baik. Sekiranya anda berjaya mengurangkan berat badan anda, peluang anda untuk mendapat zuriat yang sihat adalah cerah.

Banyak mana berat badan perlu diturunkan?

Gunakan BMI sebagai panduan. BMI diantara 19-25 adalah berat ideal. Berbincanglah dengan doktor untuk mendapat berat badan ideal anda dengan cara betul dan selamat

Perjuangan yang belom selesai, aku mesti kuruskan badan, less kan berat..

Sunday, 10 June 2012

Haid


Kehamilan adalah perkara pertama yang anda fikirkan sejurus haid anda lewat tetapi ia bukanlah satu-satunya sebab mengapa haid tidak datang. Dibawah terdapat 12 kemungkinan kenapa ia boleh terjadi:
  • Tekanan. Tekanan dalam bentuk fizikal dan mental boleh mempengaruhi hormon anda dan seterusnya haid kita. Bila kita dalam keadaan tertekan badan akan mengeluarkan hormon stress yang boleh menganggu ovulasi dan seterusnya memberhentikan haid kita.
  • Masalah kesihatan: Sakit secara tiba-tiba seperti demam panas, menjalani pembedahan, atau sakit yang memerlukan rawatan intensif boleh memberikan tekanan fizikal terhadap badan dan seterusnya menganggu kedatangan haid kita.
  • Ubatan: Mungkin baru baru ini anda baru mencuba jamu atau menjalani rawatan traditional atau intensif untuk menguruskan badan. Sekiranya betul, kemungkinan besar ia punca mengapa haid anda lewat.
  • Berlebihan hormon prolaktin:
    Hormon prolaktin yang berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid anda lewat berbulan-bulan lamanya. Sekiranya anda merasa seperti susu keluar dari puting payudara atau pening kepala, berjumpalah dengan doktor kerana kemungkinan besar anda mengalami masalah hyperprolatinemia.
  • Menyusu badan:
    Sekiranya anda menyusu badan terutamanya secara eksklusif, haid anda mungkin tidak akan datang sehingga berbulan-bulan.
  • Masalah tiroid:
    Rasa panas, berdebar dan kekurangan berat badan secara mendadak mungkin merupakan tanda yang anda mengidap penyakit tiroid. Jangan berlengah sekiranya ia disertai dengan haid yang sedikit atau tiada langsung.
  • Gemuk:
    Berlebihan lemak dalam badan boleh memberikan ketidak-seimbangan hormon kerana ia menjadi tempat simpanan hormon estrogen. Berlebihan hormon estrogen akan menyebabkan haid anda terganggu seterusnya lewat haid. Cuba kurangkan 10% dari berat anda sekarang dan kemungkinan besar kitaran haid anda kembali seperti biasa.
  • Terlalu kurus:
    Tidak cukup lemak dalam badan juga boleh memberikan masalah terhadapi haid anda. Ini kerap terjadi kepada mereka yang terlalu banyak senaman seperti atlit dan penari balet. Mendapatkan kembali berat badan yang sepatutnya dengan secara automatik akan mengembalikan haid anda semula.
  • Tersilap kira:
    Masalah ini juga kerap terjadi. Dikatakan 40% wanita gagal mengingati dengan tepat tarikh sebenar haid mereka. Asal ia dalam kitaran 21-35 hari, haid anda andalah normal. Pastikan mencatit dalam nota hari pertama haid anda setiap bulan supaya anda tidak lagi risau.
  • Menopos:
    Bagi mereka yang berusia lewat 40’an, mengalami haid yang semakin sedikit dan jarang-jarang adalah salah satu tanda menopos. Sekiranya bimbang, berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan sedikit ujian darah boleh membuat diagnosa yang tepat. Anda juga disarankan untuk menjalani pap smear untuk memastikan yang anda tidak mengalami masalah dipangkal rahim.
  • Pencegah hamil:
    Sekiranya anda baru-baru ini mengambil hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon, ia adalah sebab mengapa haid anda lewat datang. Alat pencegah hamil berhormon menghalang ovulasi terjadi seterusnya kedatangan haid. Jadi jangan risau!
  • Hamil:
    akhirnya, sebab mengapa anda lewat haid adalah kerana anda hamil!... congrats!! Ujian air kencing dengan mudah dapat memberikan pengesahan.
*** Apa punca saya lewat???? sah memang ada pon kat atas nie.. aku perlu membaiki diri..

Wednesday, 6 June 2012

Selamat Pengantin Baru


Alhamdulillah dah 3 tahun usia perkahwinan kami. Macam semalam baru akad nikah. Terima Kasih suamiku kerana sudi menerima diri ini seadanya. Semoga Allah panjangkan jodoh kami hingga ke Syurga.
3 tahun masih baru dalam dunia rumahtangga. Moga kami terus kuat dalam mempertahankan dan melaksanakan perintah ALLAH dan sunnah kekasihNYA.

Jom Kita layan lagu nie:





Bila dua hati dah terjalin
Selamatlah pengantin kami doakan
Moga redha Allah bersinar selalu
Tanda bermula bahtera hidup

Dalam melayari bahtera rumahtangga
Ada masa tenang dan masa gelisah
Jangan nafsu diikut melulu
Sabar dan kemaafan itu perlu

Beginilah resam manusia
Tak lari dari ketentuan Ilahi
Suami ketua isteri pembantu
Melangkah hidup saling berpadu
Susah dan senang hadapi bersama
Moga kekal ke anak cucu

Moga kekal hingga ke syurga



Tuesday, 5 June 2012

PCOS 3


Ambil berat haid tidak teratur

pix_middle
pix_topright
RAMAI wanita sering menganggap kitaran haid tidak teratur sebagai perkara biasa dan tidak diberi perhatian serius. Malangnya, masalah berkenaan mungkin menjadi punca kesukaran untuk menimang cahaya mata kelak.

Menurut Perunding Obstetrik dan Sakit Puan Pusat Perubatan Pantai Cheras, Dr Suriati Akmal Mahari, kitaran haid yang tidak menentu antara gejala menunjukkan seseorang wanita itu mungkin mengalami sindrom ovari polisistik (PCOS), punca lazim menyebabkan seseorang itu kurang subur.

“PCOS adalah satu keadaan penyakit sistem reproduksi yang berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi. Kajian menunjukkan 90 peratus wanita yang mengalami haid tidak teratur mengalami PCOS dan 30 peratus yang tidak mengalami haid langsung didapati mengidap PCOS.

“Ia adalah masalah paling lazim yang menyebabkan seseorang wanita itu gagal hamil, tetapi malangnya sehingga kini tidak ramai yang menyedarinya.


“Bahkan ramai antara wanita di Malaysia mempunyai gejala ini tanpa disedari kerana ia tidak menunjukkan simptom awal misalnya sakit atau demaM yang biasa berlaku seperti penyakit lain.

“Bahkan gadis seusia awal 17 tahun juga boleh dijangkiti PCOS. Selain kitaran haid tidak teratur gejala seperti jerawat, kenaikan berat badan serta pertumbuhan bulu roma yang luar biasa antara simptom awal gejala ini,” katanya, baru-baru ini.

Menurutnya, PCOS boleh mengganggu proses ovulasi dan penghasilan telur yang berkualiti dari ovari, seterusnya menyebabkan wanita berkenaan mempunyai kitaran haid yang tidak menentu dan boleh mengganggu sistem badan yang lain seperti metabolisme dan sistem kardiovaskular.

“Punca PCOS masih belum diketahui sepenuhnya dan penyelidikan sedang dijalankan bagi mengetahui punca sebenar. Antara tanda utama PCOS termasuklah tiada ovulasi, ovari yang bengkak yang mengandungi sista kecil di dalamnya.

“Kebanyakan gejala ini berlaku pada wanita berusia 20 hingga 30 tahun tanpa mengira kaum dan budaya. Ia juga kerap terjadi di kalangan sanak saudara tetapi bukan penyakit keturunan,” katanya.

Meskipun ovari mengandungi folikel dengan telur, folikel berkenaan tidak membesar dan matang sepenuhnya untuk menggalakkan ovulasi. Ovari yang tidak bermasalah biasanya menghasilkan satu folikel matang setiap bulan sebelum dikeluarkan bagi proses persenyawaan di saluran falopia.

Begitu pun, ada juga wanita yang mempunyai penampilan ovari normal, tetapi mempunyai gejala lain. Pada dasarnya ovari yang bermasalah ini juga hiperandrogenik, iaitu ovari menghasilkan jumlah hormon lelaki testosterone dan androstenedione berlebihan.

Ini menyebabkan hirsutism atau pertumbuhan bulu yang tidak sepatutnya seperti pada atas bibir dan dagu (misai dan janggut). Ada kalanya keadaan ini juga menyebabkan penambahan berat badan, diabetis dan penyakit kardiovaskular.

Kajian antarabangsa menunjukkan kira-kira 20 peratus daripada wanita yang berusia melebihi 20 tahun mengalami masalah ini, dan lebih daripada 40 peratus wanita yang mempunyai masalah kesuburan adalah disebabkan PCOS.

Ramai wanita mengalami gejala atau simptom yang berbeza antara satu sama lain menyebabkan diagnosa secara klinikal menjadi sukar dilakukan.

Ada juga yang mempunyai simptom ringan seperti jerawat kecil selain simptom lebih teruk seperti tumbuh bulu berlebihan pada muka serta keguguran rambut.



SOALAN LAZIM


Siapa yang berisiko mendapat PCOS

Sesiapa boleh mendapat PCOS tanpa mengira peringkat usia namun kekerapan berlaku lebih kepada wanita berusia 20 hingga 30 tahun. Keturunan turut menjadi penyumbang kepada gejala berkenaan.


Apakah punca PCOS?

Setakat ini tidak diketahui bagaimana ia berlaku tetapi terdapat beberapa teori yang hangat diperkatakan antaranya :


Kekurangan hormon

Ia mungkin disebabkan kekurangan hormon kerana mereka yang mengidap PCOS didapati tidak mengandungi tahap hormon yang secukupnya untuk ovulasi berlaku. Untuk berlaku ovulasi, hormon FSH dan LH mestilah berada dalam keadaan yang seimbang tetapi ia tidak berlaku pada mereka yang mengidap PCOS. Oleh yang demikian, folikel didalam ovari tidak berkembang dan gagal matang seterusnya tiada berlaku ovulasi.


Kebal kepada insulin

PCOS mungkin juga disebabkan oleh badan yang kebal kepada insulin.ini menanmbahkan lagi risiko anovulasi.


Faktor genetik

Ia mungkin disebabkan oleh penyakit keturunan kerana terdapat ramai dikalangan PCOS mempunyai keluarga yang mengidap gejala sama.


Bagaimana mahu mengetahui gejala ini pada diri sendiri?

Sekiranya anda didapati sukar untuk hamil, doktor selalunya akan membuat beberapa ujian untuk memberikan diagnosa yang tepat terhadap masalah anda:

  • Ujian darah Luteinizing Hormone (LH)
  • Ujian darah Follicle Stimulating Hormone(FSH)
  • Ujian darah Progesterone/Testesterone
  • Ujian darah prolaktin
  • Ultrasound Pelvis- rahim dan ovari


    Bagaimana merawat masalah ini?
  • Sekiranya anda didiagnosakan mempunyai PCOS, terdapat beberapa jenis rawatan yang boleh menolong anda mengurangkan simtom dan mengembalikan kesuburan anda.


    Ubat subur

    Adalah ubat kesuburan yang boleh menolong mengalami ovulasi.


    Ubat perancang keluarga

    Pil ini boleh mengembalikan semula hormon anda dan mengurangkan simptom seperti mengurangkan bulu yang berlebihan dan haid yang tidak teratur. Pil ini selalunya diberikan bagi mereka yang tidak bercadang untuk hamil.


    Pembedahan

    Sekiranya anda mengalami PCOS dan ubat subur tidak memberikan kesan yang memuaskan, doktor anda mungkin mencadangkan prosedur yang dinamakan ovarian drilling. Ia adalah sejenis pembedahan menyebabkan ovari akan dikorek menggunakan alat khas. 70 peratus wanita mengalami ovulasi selepas menjalani prosedur ini.


    Mengenai PCOS
  • Diagnosa PCOS boleh dibuat dengan menjalani ujian darah LH/FSH pada hari kedua atau ketiga haid, ujian tahap testosterone dan imbasan ultrasound.
  • PCOS memberikan wanita lebih risiko untuk mendapat masalah infertiliti disebabkan anovulasi, kencing manis, tekanan darah dan kolesterol yang tinggi, kegemukan dan masalah kanser rahim.
  • PCOS adalah penyakit yang akan dialami seumur hidup dan setakat ini tiada ubat yang boleh mencegahnya. Jarang-jarang, ia hilang dengan sendirinya.
  • Rawatan bergantung kepada wanita sama ada berhasrat untuk hamil atau tidak. Ubatan termasuklah pil hormon dan ubat subur.


    Simptom sindrom ovari polisistik (PCOS) 
  • Masalah jerawat.
  • Kitaran haid tidak menentu.
  • Hirsutism - pertumbuhan bulu roma yang tidak normal (seperti misai atau janggut).
  • Masalah berat badan - berat badan bertambah ataupun bahagian atas badan lebih besar atau gemuk daripada bahagian bawah.
  • Ovari lebih bengkak daripada wanita lain dan mempunyai lebih daripada satu cista.
  • Keguguran rambut.
  • Kurang subur.
  • Sukar hamil


    Rawatan: Terbahagi kepada tiga, iaitu : 
  • Ubat - pengambilan ubat seperti Clomid dan suntikan HCG untuk membantu proses ovulasi. Sesuai digunakan untuk wanita yang langsing dan hanya boleh dilakukan bagi tempoh enam bulan sekali atau enam kali saja.
  • Surgeri - pembedahan Laparoscopic Ovarian Drilling yang mana ovari akan ditebuk supaya sista kecil dihapuskan dan ovari lebih senang distimulasikan untuk menghasilkan telur dan ovulasi.
  • In vitro fertilisation (IVF) - jika masih tidak mengandung selepas menjalani semua rawatan tadi, pasangan perlu mempertimbangkan teknik permanian IVF.
  • Monday, 4 June 2012

    PCOS 2


    PCOS punca gagal hamil

    Sindrom Ovari Polisistik (Polycystic Ovarian Syndrome- PCOS) merupakan gangguan hormon paling tinggi di kalangan wanita yang berada pada peringkat subur. Ia juga menjadi salah satu faktor ketidaksuburan dalam kalangan wanita.

    Antara ciri utama PCOS adalah pengovulan (proses bertelur) tidak berlaku atau tiada pengovulan yang tetap pada setiap bulan. Selain itu peningkatan aras hormon androgen (hormon lelaki) yang berlebihan dalam badan wanita turut menjadi punca.

    PCOS dikenal juga sebagai Sindrom Stein-Leventhal iaitu masalah paling lazim yang menyebabkan seseorang wanita itu gagal hamil, tetapi malangnya sehingga kini tidak banyak yang diperkatakan tentang hal ini.

    Kajian antarabangsa menunjukkan kira-kira 20 peratus wanita yang berusia lebih daripada 20 tahun mengalami masalah ini, dan lebih daripada 40 peratus wanita yang mempunyai masalah kesuburan adalah disebabkan PCOS.

    Gejala
    "Gejala sindrom ini berbeza antara wanita yang menghidapinya. Namun, punca sindrom ini masih belum diketahui secara jelas. PCOS boleh menjadi tidak ketara atau ketara dan ia berbeza antara seorang penghidap dengan penghidap yang lain,'' kata Prof. Madya Dr. Nik Hazlina Nik Hussain.
    Beliau merupakan Penyelaras Unit Perkembangan Kesihatan Wanita (Pakar Obstetrik dan Ginekologi) Pusat Pengajian Sains Perubatan Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian, Kelantan.

    Menurut Dr. Nik Hazlina, antara yang mungkin berlaku termasuklah kedatangan haid tidak teratur (oligomenorea) dan kadangkala ketiadaan haid (amenorea), bulu roma berlebihan tumbuh di badan (hirsutisme), jerawat yang teruk dan kronik, obesiti, keguguran berulang, kulit menjadi lebih gelap (akantosis nigrikan) dan botak menyerupai lelaki (male baldness).
    Sindrom ini juga dikaitkan dengan peningkatan risiko mendapat penyakit diabetes melitus, peningkatan aras kolesterol darah dan juga hipertensi.
    Akhirnya, masalah ini akan meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit jantung atau dikenal juga sebagai penyakit kardiovaskular.

    Klasifikasi
    Tambah Dr. Nik Hazlina, terdapat beberapa klasifikasi bagi mendiagnosis sindrom ini. Pada 2003, pakar-pakar dari Amerika dan Eropah bersepakat menyatakan bahawa PCOS perlu mempunyai sekurang-kurangnya dua daripada tiga ciri berikut iaitu

    (i) Masalah pengovulan, iaitu tempoh kitaran haid yang lama (contohnya kedatangan haid yang tidak tetap, setiap 2 - 3 bulan), tempoh perdarahan yang lama dan perdarahan yang sedikit.

    (ii) Bukti terdapat kadar hormon lelaki, androgen yang tinggi (sama ada secara kadar biokimia atau secara manifestasi klinikal), iaitu hirsutisme (terdapat bulu tumbuh pada kawasan yang khusus untuk lelaki seperti misai dan janggut), jerawat, kulit yang lebih gelap pada bahagian lipatan (bahagian leher, celah ketiak dan celah paha) dan juga botak di bahagian depan kepala.

    (iii) Pemeriksaan imbasan ultrabunyi melalui faraj menunjukkan terdapat banyak folikel yang kecil dan tidak membesar secukupnya untuk mengeluarkan ovum dalam proses pengovulan. Klasifikasi yang disebutkan ini juga dikenal sebagai klasifikasi Rotterdam.

    Metabolisme rendah

    Kebanyakan wanita yang menghidap PCOS mempunyai metabolisme yang rendah sehingga menyebabkan masalah berlebihan berat badan (obesiti), terutamanya di kawasan pinggul. Sebenarnya, PCOS merupakan keadaan yang akan dihadapi sepanjang hidup melibatkan semua peringkat umur, bukan sahaja dalam tempoh masa kesuburan.
    Rawatan bagi sindrom ini berdasarkan masalah yang dihadapi oleh setiap individu berkenaan.

    Rawatan
    Rawatan PCOS ini juga bergantung pada usia wanita dan keinginannya untuk hamil.
    Dr. Nik Hazlina menjelaskan, rawatan penting untuk mengurangkan risiko kanser rahim, terutama jika kitar haidnya terlalu lama dan mengalami perdarahan yang terlalu banyak.
    Selain itu, penghidap PCOS juga memerlukan rawatan jangka panjang dan motivasi yang tinggi dalam dirinya sendiri.
    "Ubat-ubatan sahaja tidak akan membantu penghidap PCOS, malah setiap orang juga perlu berusaha untuk mengubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat," tambahnya.

    Kesuburan
    Lebih kurang 80 peratus daripada penghidap PCOS mengalami masalah ketidaksuburan atau dikenal juga sebagai mandul (infertiliti).
    Tambah Dr. Nik Hazlina, masalah ketidaksuburan memberikan impak fizikal dan sosial kepada pasangan yang mengalaminya, khususnya pihak isteri. Keadaan itu boleh menyebabkan tekanan perasaan, tidak dapat menerima hakikat kekurangan diri, berasa rendah diri, mudah berasa diri dipinggirkan dan suka bersendirian atau memencilkan diri.
    "Pada masa ini, terdapat pelbagai kaedah rawatan ketidaksuburan bagi pesakit yang menghidap penyakit ini. Terdapat beberapa faktor mempengaruhi pilihan rawatan yang akan digunakan. Kaedah rawatan yang dipilih biasanya di atas persetujuan pesakit," ujarnya.

    Ubat-ubatan
    Penggunaan ubatan juga merupakan kaedah untuk merawat masalah ketidaksuburan. Terdapat pelbagai jenis ubatan antaranya Metformin, yang tergolong dalam kumpulan ubat perangsang insulin.

    Dr. Nik Hazlina menerangkan, ubat ini bertindak dengan mengembalikan kadar insulin daripada aras yang tinggi kepada normal.
    Namun terdapat kesan sampingan, terutamanya pada peringkat awal pengambilan ubat ini. Antaranya termasuklah loya, cirit-birit dan perut kembung.
    Walaupun tiada lagi laporan tentang kesan sampingan ubat ini terhadap kandungan, namun pengambilan ubat hendaklah dihentikan apabila seseorang wanita itu disahkan hamil.
    "Clomiphene citrate juga merupakan ubat untuk merawat infertiliti. Kajian menunjukkan bahawa gabungan Metformin dan Clomiphene telah menunjukkan kejayaan pengovulan pada 90 peratus penghidap PCOS.

    ''Ubat ini tidak boleh diberikan lebih daripada 12 kitar haid bagi individu yang tidak pernah hamil kerana risiko mendapat kanser ovari meningkat untuk jangka masa panjang.
    ''Pengambilan Clomiphene sahaja mencatat kadar pengovulan 70 hingga 80 peratus dan kadar kandungan yang berjaya hamil sebanyak lebih kurang 40 peratus,'' katanya.
    Menurut Dr.Nik Hazlina, terdapat juga sebilangan pesakit yang masih tidak berjaya mencapai pengovulan walaupun diberikan Clomiphene sehingga dos maksimum. Keadaan itu dikenali sebagai kerintangan Clomiphene (Clomiphene resistance).
    Terdapat ubat lain seperti suntikan hormon Gonadotrofin untuk membantu dalam perkembangan ovum. Kaedah ini berkesan tetapi mahal, memakan masa dan memerlukan kepakaran.

    " Bagi kaedah suntikan ini, biasanya penghidap PCOS akan menjalani rawatan secara permanian beradas (intrauterine insemination). Peluang untuk hamil bagi setiap pusingan adalah lebih kurang sebanyak 5 hingga 10 peratus sahaja. ''Cara ini disarankan sebanyak tiga hingga empat kali sahaja dan jika masih gagal untuk hamil, maka kaedah seterusnya adalah secara bayi tabung uji atau persenyawaan in-vitro (In-vitro fertilization, IVFyang mempunyai kadar peratus kejayaan hamil dalam 30 peratus.

    Impak sosial

    Menurut Dr. Nik Hazlina, rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu sering melihat kebolehan melahirkan anak sebagai salah satu kewajipan selepas berkahwin.

    "Selepas beberapa tahun berkahwin dan pasangan tersebut masih tidak mempunyai anak boleh menyebabkan masyarakat sekeliling memandang serong dan membuat pelbagai tanggapan negatif.

    ''Pesakit yang mengalami masalah ketidaksuburan berasa tertekan dan tidak dapat bergaul dengan masyarakat dan boleh membawa kepada pelbagai masalah lain.

    ''Oleh itu, sokongan keluarga dan masyarakat sekeliling amat penting bagi penghidap PCOS dan pesakit lain yang mengalami masalah ini," ujarnya.

    Bagi Dr. Nik Hazlina, mentaliti masyarakat perlulah diubah supaya tidak sewenang-wenangnya mengadili orang lain dan menyebarkan pelbagai cerita.

    Di samping itu, pesakit PCOS juga perlu mengetahui masalah yang dihadapinya supaya dapat diberi rawatan sewajarnya

    DATA INI DIAMBIL DARI:

    Sunday, 3 June 2012

    PCOS


    PCOS sukar dirawat

    Polycystic ovary syndrome (PCOS)



    Penyakit ini menjadi salah satu punca utama kemandulan.

    Mengapa sukar merawat PCOS ?

    1. Salah satu punca penyakit PCOS adalah cacat baka / genetic - dimana gene yang mengawal hormon subur adalah cacat sejak lahir. Tidak ada rawatan untuk membetulkan kecacatan genetic ini. Kita bergantung dengan usaha mengubah faktor2 lain sahaja , ini pun banyak bergantung kepada azam dan kesungguhan pesakit PCOS.

    2. Kegemokkan / obesity adalah faktur kedua pentingnya dalam kejadian PCOS. PCOS sering dikaitkan dengan penyakit diabetes dalam keluarga. Begitu juga obesity juga dikaitkan dengan diabetes dan baka. Usaha untuk mengurangkan berat badan memang sangat sukar, mudah untuk naik berat badan , tapi hendak turun memang perlu azam dan ketabahan. Penurunan berat badan merupakan rawatan yang terpenting bagi meningkatkan kesuburan dikalangan pesakit2 PCOS. Cara2 yang paling berkesan ialah dengan DIET, iaitu mengurangkan makanan carbohydrate dan gula, dan exercise untuk membakar lebihan gula dan lemak dalam badan.
    .Program kuruskan badan

    3. Tiada ubat khusus untuk PCOS, kerana ia rangkaian berbagai masalah termasuk, insulin resistance, hormone imbalance antara FSH / LH, hormon testosterone tinggi, estrogen tinggi, progesterone rendah, Akhirnya sel2 benih/telor tidak dapat dimatangkan.
    Seringkali ubat subur clomid dengan dose tertinggi diperlukan (200 - 250 mg), dan jika gagal ubat gonadotrophin secara suntikan diperlukan dan ubat ini sangat mahal harganya, sedang kadar kejayaan hanya 30% sahaja.

    4. Kegunaan ubat2 supplement bolih membantu untuk kurangkan berat badan, kurangkan insulin resistance seterusnya mengurangkan gula dalam badan, mengurangkan hormon testosterone. Saya sering beri pesakit2 ubat adipex, metformin, dan saw palmetto.Perlu diingat pesakit2 PCOS tidak bolih bergantung kepada ubat2 tersebut terlalu lama, munkin antara 3-6 bulan sahaja.

    5. Saya nasihatkan makan banyak buah2 dan sayuran serta ulam2. Makanan yang banyak mengadungi bahan2 pengawet, perisa dan pemanis perlu dijauhkan termasuk fast dan junk foods. Segala kebaikkan saperti vitamins, antioxidants, logam dll adlah terkandung dalam buah2, sayur2 dan ulam2.

    6. Jangan mudah putus asa, teruskan usaha sampai hamil.Perubahan dalam caragaya hidup sangat penting terutama tabiat makan dan pilihan jenis makanan yang berzat dan berkhasiat. Pilih makanan yang segar/fresh tanpa diperoses, tanpa pengawet, perisa dan pemanis. Lakukan gerak tubuh/exercise , munkin buat jogging 30 minit sehari. Lakukan breathing exercise/yoga untuk relxation, hilangkan stress dengan baca quran dan berzikir.

    7. Cuba buat IUI apabila ada telor matang selepas makan clomid dos tinggi, ini munkim bolih menambah peluang untuk hamil. Biasanya jika ada pematangan telor kehamilan akan berlaku secara spontan tanpa memerlukan IUI.

    8. Laparoscopic ovarian drilling , ia itu satu kaedah pembedahan untuk menyuburkan ovary perlu dilakukan jika tiada pematangan telor walaupun dengan clomid dos tinggi. Rawatan ini dapat  menurunkan tahap hormon testosterone yang sering menganggu pematangan telor. Selepas ovarian drilling ubat subur clomid dos tinggi masih diteruskan selama 3 pusingan haid. Peluang hamil lepas rawatan ini 40-50 %.

    9. Bayi tabung uji atau IVF munkin bolih dicuba sebagai langkah terakhir, itu pun kalau berjaya merangsang pematangan telor.

    sumber diambil dari:

    Friday, 1 June 2012

    Penyusuan Susu Ibu

    All about Breastfeeding


    Sedikit sebanyak berkaitan penyusuan susu ibu. Susu ibu adalah susu yang terbaik dalam dunia. Susu ibu adalah anugerah yang diberi oleh ALLAH kepada insan yang bergelar ibu..


    Pumping and Storing Breastmilk



    Sedikit sebanyak cara2 mengepam susu dan penyimpanannya. Saya x akan jemu dengan ilmu penyusuan susu ibu. Saya mahu memberi yang terbaik kepada zuriat saya.

    Semoga Allah membantu saya dalam perjuangan ini. PENYUSUAN SUSU IBU ADALAH SUNNAH.

    Monday, 28 May 2012

    Penyusuan Susu Ibu

    Agak lama x menulis blog. ok hari ini hati terdetik nak kongsikan impian aku.. impian ape tu.. impian untuk memiliki pam susu. Ia sekadar impian, dalam hati sudah pasang niat untuk menyusukan zuriat sehingga 2 tahun atau lebih.

    Di sini ada beberapa keping gambar pam susu yang menjadi impian:

       




    Avent Singel tu sekitar RM 650.00 Hingga RM 899.00. Avent Double pump selalunya sekitar RM 1500.00 hingga RM 2000.00 Harga bergantung di mana kita beli. Online selalunya murah sedikit berbanding di kedai barang bayi.





    Yang comel nie nama dia medela swing. Harga sekitar RM 650.00 hingga RM 799.00 Harga bergantung di mana kita beli. Medela Swing nie singel pump tapi jika kita kreatif kita buleh jadikan dia double pump anda x caya kita tengok video nie:


    Seterusnya pilihan idaman kalbu saya Medela Freestyle






    Sebesar tapak tangan, ade lampu LED, anda boleh mengepam sambil membasuh baju, mencuci pinggan, malah semasa menulis blog pon buleh gunakan pam nie dengan selesa. Harga dia agak tinggi sekitar RM1800.00 hingga RM 2299.00.

    Ini sekadar impian saya.. Beli ikut kemampuan, ukur baju di badan sendiri.. Jika kita sudah pasang niat menyusukan zuriat kita, maka kita harus mencari ilmu berkaitan dengannya. Biarlah ilmu dan niat itu seiring, kerana tanpa ilmu kemungkinan kita x dapat langsanakan ape yang kita niatkan. Malah doa juga memainkan peranan besar sebelum ibu2 mengambil makanan yang berkhasiat.

    PENYUSUAN SUSU IBU ADALAH SUNNAH

    *** SUMBER GAMBAR DIAMBIL DARI MR.GOOGLE







    Tuesday, 22 May 2012

    Bulan Rejab Sudah Tiba

    Alhamdulillah berjumpa juga dengan bulan rejab. Tahun depan tak tahu lagi.. sama2 lah kita merebut pahala di bulan yang baik ini. Oh ya sebelum saya terlupa, saya perlu ingatkan diri saya untuk membayar puasa QADA' dan puasa NAZAR..

    Marilah kita menambah saham pahala kita.. Jom sama2 kita hayati lagu ini..



    Friday, 18 May 2012

    Lampin Kain Moden




    BISMILLAH,


    Hari ini anis nak kongsikan sesuatu pekara berkaitan dengan LAMPAI KAIN MODEN..

    Jom baca nie:

    http://www.hmetro.com.my/articles/Tiadaruamgunalampinkain/Article



    Terdapat banyak kebaikan menggunakan lampin kain, di antaranya ialah:

    1. Dari Segi Kesihatan Dan Pencemaran Alam Sekitar

    a) Lampin pakai buang mengandungi bahan kimia sintetik di dalamnya iaitu dioxin yang terhasil dari proses pelunturan kertas bagi mendapatkan kertas yang nampak putih dan bersih. Bahan ini merupakan toksin bersifat karsinogen yang boleh menyebabkan kanser.

    b) Lampin pakai buang juga mengandungi sodium polyacrylate yang berfungi menyerap cecair dan akan bertukar menjadi gel apabila basah. Ia boleh menyebabkan kulit bayi menjadi merah dan ruam. Dalam kes alahan kronik, ia boleh menyebabkan muntah-muntah, deman serta jangkitan kuman. Bahan ini tidak lagi digunakan dalam tampon wanita. Kajian perubatan mendapati kes ruam lampin meningkat selari dengan peningkatan pemakaian lampin pakai buang. Ini disebabkan oleh bakteria yang bertindakbalas dengan ammonia di dalam air kencing, alahan, kepanasan dan kekurangan pengudaraan akibat pemakaian lampin pakai buang yang terlalu lama.

    c) Lampin pakai buang juga mengandungi tributyl tin (TBT) iaitu bahan pencemaran alam yang sangat bertoksik. Ia boleh menganggu sistem hormon dan imunisasi badan. d) Lampin pakai buang juga dikaitkan dengan asma (lelah). Satu kajian yang dijalankan di Jerman pada tahun 2000 telah mendapati bahawa lampin pakai buang menaikkan suhu sekitar skrotum dan boleh menjadi punca rosaknya mekanisma penyejukan yang semulajadi. Ia boleh memberi kesan kepada kesuburan pada masa akan datang.

    e) Lampin pakai buang juga merosakkan dan mencemarkan alam sekitar. Lampin pakai buang menggunakan banyak bahan mentah bagi menghasilkannya, termasuk pokok yang menghasilkan kertas serta bahan kimia bagi menghasilkan plastik. Lebih dari 27 juta lampin pakai buang sampai ke tempat longgokan sampah di serata dunia. Sehelai lampin pakai buang mengambil masa sehingga 500 tahun untuk mereput dengan sendirinya. Di rumah yang mempunyai anak kecil, lampin pakai buang menyumbang 50% dari keseluruhan sampah yang dikeluarkan dari rumah itu. Lampin pakai buang akan mencemarkan air dan menyebabkan penyakit apabila terkumpul dengan banyaknya di tempat longgokan sampah.


    **** diambil dari http://carigold.com/portal/forums/blog.php?b=2348

    Pelbagai jenis lampin kain moden:




    Benda nie saya copy dari http://www.lunatots.com/shop/product_info.php?cPath=41&products_id=775

    warna warnikan benda nie. sekeping dalam RM 53.00
    ( AGAK MAHAL SIKIT, jgn risau kita bnyk pilihan)



    Nie salah satu yang murah jenis COOLABABY, QQ BABY, RAINBOW BABY

    harga sekitar RM 27.00 hingga  RM 30.00 SEHELAI..

    ** Anis x jual benda nie tapi anis mmg suka CD nie, (lampin kain moden)
    sangat menjimat dan menyelamatkan bumi.



    Saturday, 12 May 2012

    you aRe no 1



    I was a foolish little child
    Crazy things I used to do
    And all the pain I put you through
    Mama now I’m here for you
    For all the times I made you cry
    The days I told you lies
    Now it’s time for you to rise
    For all the things you sacrificed

    Oooh
    If I could turn back time rewind
    If I could make it undone I swear that I would
    I would make it up to you
    Mom I’m all grown up now
    I’ts a brand new day
    I’d like to put a smile on your face everyday (2x)

    Now I finally understand
    That famous line
    About the day I’d face in time
    Coz now I have a child of mine
    Even though I was so bad
    I’ve learnt so much from you
    Now I’m trying to do it too
    Love my kids the way you do
    Oooh
    If I could turn back time rewind
    If I could make it undone I swear that I would
    I would make it up to you

    Mom I’m all grown up now
    I’ts a brand new day
    I’d like to put a smile on your face everyday
    Mom I’m all grown up now
    And it’s not too late
    I’d like to put a smile on your face everyday
    You know you are the number one for me
    You know you are the number one for me
    You know you are the number one for me
    Oh oh
    number one for me (2x)
    There is no one in this world
    That can take your place
    Oooh I’m sorry for ever taken you for granted
    I will use every chance I get
    To make you smile
    Whenever I’m around you
    Now I will to try to love you
    Like you love me
    Only God knows how much you mean to me
    Oooh
    If I could turn back time rewind
    If I could make it undone I swear that I would
    I would make it up to you 

    Mom I’m all grown up now
    I’ts a brand new day
    I’d like to put a smile on your face everyday (2x)

    The number one for me
    The number one for me
    The number one for me
    Oh oh
    Number one for me

    Thursday, 10 May 2012

    Mama, Ibu, Mak

    ade pendapat ulamak haram smbut HARI IBU. Pendapat saya pulak hari ibu adalah setiap hari. Kenapa setiap hari?

    MAMA saya akan memasak setiap hari. walau penat mcne sekali pun. Kecuali dia sakit. mama x akan masak.
    (jika balik rumah, saya akan meminta mama masak.. walaupon hanya jemput-jemput ikan bilis)

    MAMA saya akan basuh baju kami setiap hari, jika tidak baju kotor akan penuh dalam bakul. Kecuali mama penat dan mama x sihat saya kan basuh baju.. yg selalu sidai baju adalah ayah saya. baju masing2 kena lipat sendiri.

    MAMA saya akan pastikan setiap hari kami menunaikan solat dan solat berjemaah, ini salah satu resepi wajib dlm keluarga.. nak keluarga bahagia kita kena SOLAT BERJEMAAH.(melainkan jika kami bermusafir, solat tetap menjadi soalan utama) anak mama dah solat???

    MAMA saya akan mencium kami setiap hari, hari2 mama cium kami.. betul. berkat ciuman mama menjadikan saya anak yg sentiasa menrindui mama. walaupun syaa sudah berkhawin. saya masih merindui mama.

    maka dengan itu saya wajib mendoakan MAMA saya. hadiahkan ALFATIHA pada MAMA. wlpon mama masih hidup, saya kena buat semua itu. KERANA MAMA X PERNAH BERHENTI MENDOAKAN KEBAHAGIAAN KAMI..


    SELAGI saya BERNYAWA, SELAGI ITU saya WAJIB MENDOAKAN kedua MAMA & AYAH SAYA.

    JOM kita dengar lagi IRFAN MAKKI- MAMMA

    LOVE U MAMA