BISMILLAH,
Hari ini anis nak kongsikan sesuatu pekara berkaitan dengan LAMPAI KAIN MODEN..
Jom baca nie:
http://www.hmetro.com.my/articles/Tiadaruamgunalampinkain/Article
Terdapat banyak kebaikan menggunakan lampin kain, di antaranya ialah:
1. Dari Segi Kesihatan Dan Pencemaran Alam Sekitar
a) Lampin pakai buang mengandungi bahan kimia sintetik di dalamnya iaitu dioxin yang terhasil dari proses pelunturan kertas bagi mendapatkan kertas yang nampak putih dan bersih. Bahan ini merupakan toksin bersifat karsinogen yang boleh menyebabkan kanser.
b) Lampin pakai buang juga mengandungi sodium polyacrylate yang berfungi menyerap cecair dan akan bertukar menjadi gel apabila basah. Ia boleh menyebabkan kulit bayi menjadi merah dan ruam. Dalam kes alahan kronik, ia boleh menyebabkan muntah-muntah, deman serta jangkitan kuman. Bahan ini tidak lagi digunakan dalam tampon wanita. Kajian perubatan mendapati kes ruam lampin meningkat selari dengan peningkatan pemakaian lampin pakai buang. Ini disebabkan oleh bakteria yang bertindakbalas dengan ammonia di dalam air kencing, alahan, kepanasan dan kekurangan pengudaraan akibat pemakaian lampin pakai buang yang terlalu lama.
c) Lampin pakai buang juga mengandungi tributyl tin (TBT) iaitu bahan pencemaran alam yang sangat bertoksik. Ia boleh menganggu sistem hormon dan imunisasi badan. d) Lampin pakai buang juga dikaitkan dengan asma (lelah). Satu kajian yang dijalankan di Jerman pada tahun 2000 telah mendapati bahawa lampin pakai buang menaikkan suhu sekitar skrotum dan boleh menjadi punca rosaknya mekanisma penyejukan yang semulajadi. Ia boleh memberi kesan kepada kesuburan pada masa akan datang.
e) Lampin pakai buang juga merosakkan dan mencemarkan alam sekitar. Lampin pakai buang menggunakan banyak bahan mentah bagi menghasilkannya, termasuk pokok yang menghasilkan kertas serta bahan kimia bagi menghasilkan plastik. Lebih dari 27 juta lampin pakai buang sampai ke tempat longgokan sampah di serata dunia. Sehelai lampin pakai buang mengambil masa sehingga 500 tahun untuk mereput dengan sendirinya. Di rumah yang mempunyai anak kecil, lampin pakai buang menyumbang 50% dari keseluruhan sampah yang dikeluarkan dari rumah itu. Lampin pakai buang akan mencemarkan air dan menyebabkan penyakit apabila terkumpul dengan banyaknya di tempat longgokan sampah.
**** diambil dari http://carigold.com/portal/forums/blog.php?b=2348
Pelbagai jenis lampin kain moden:
Benda nie saya copy dari http://www.lunatots.com/shop/product_info.php?cPath=41&products_id=775
warna warnikan benda nie. sekeping dalam RM 53.00
( AGAK MAHAL SIKIT, jgn risau kita bnyk pilihan)
Nie salah satu yang murah jenis COOLABABY, QQ BABY, RAINBOW BABY
harga sekitar RM 27.00 hingga RM 30.00 SEHELAI..
** Anis x jual benda nie tapi anis mmg suka CD nie, (lampin kain moden)
sangat menjimat dan menyelamatkan bumi.

No comments:
Post a Comment