Daisypath Anniversary tickers
Catatan Kehidupan Seorang Khalifah

Saturday, 21 July 2012

Ramadhan 1433

Salam semua,

Alhamdulillah, hari ini 1 ramadhan 1433 h, bersamaan 21/7/12. allah masih memberi keizinan untuk aku terus berpuasa bertarawih dan mealukan ibadah lainnya.

Aku juga bersyukur sebelum ini aku dapat berpuasa sunat pada bulan rejab dan syaban.. Bukan ape x adelah terkejut sangat bila nak berpuasa bulan Ramadhan.

Aku juga bersyukur, kerana hari ini juga merupakan kali pertama aku menyambut Ramadhan bersama suami tercinta. sebelum2 nie terpisah, sorang sahur kat sini sorang sahur kat sana.

Ramadhan kali ini aku juga buat beberapa perancangan:


  1. Aku wajib 'Qatam' Al Quran.. Sbb dah lama sangat aku x 'Qatam'. Bukan aku x baca Al quran tapi aku cuma membaca beberapa surah untuk di jadikan amalan. (hehe bueh pulak mcm tu)
  2. Aku x mahu miss solat tarawih,( solat tarawih nie setahun sekali jer) solat tahjud, solat taubat dan lain2nya.. Yang lepas2 aku bnyk ponteng tarawih.. sbb ape, sbb MALAS. (Kalo mama tahu habis aku kena sekolah agama balik)
  3. Aku mahu memperbanyakkan sedekah, bukan sebelum nie x bersedekah.. cume kurang sikit.. mg2 selepas nie aku menjadi insan yg bnyk bersedekah.
  4. Aku mahu menikmati ramadhan kali ini sepenuhnya. Sbb kita x tahu tahun depan dapat x kita berjumpa lagi dgn Ramadhan yang akan datang. (MATI ITU PASTI, HIDUP INSYA ALLAH)
SEMOGA RAMADHAN KALI INI MEMBERI KEBERKATAN DALAM KEHIDUPAN KU 
AMIN

** jom hayati lagu nie




Thursday, 12 July 2012

Jom Kita Bersedekah



Bersedekah menutup 10 pintu kejahatan.Bersedekahlah dengan sebaik-baik barang yang ada pada kita.




Sedekah ada 10 kelebihannya, 5 di dunia dan 5 di akhirat :



5 DI DUNIA
  1. Menyucikan Harta
  2. Kesihatan Tubuh Badan
  3. Menolak Bala dan Penyakit
  4. Mengembirakan Orang Miskin & Orang Mukmin 
  5. Diberkati hartanya dan Diluaskan Pintu Rezeki.


5 DI AKHIRAT
  1. Diberi Naungan Dari Panas Akhirat.
  2. Diringankan Hisabnya.
  3. Diberatkan Timbangan Amalanya.
  4. Dimudahkan Melalui Titian Siratulmustakim.
  5. Ditambah Darjatnya Di Dalam Syurga.



Banyaknye kelebihan bersedekah, ape tunggu lagi ? jom kita bersedekah.



Monday, 9 July 2012

Anak

Lama x update blog sendiri.. huhu mcm sibuk sangat. ok sekarang nie aku rasa malas nak fikirkan pasal anak.. bukan x nak cuma x mahu terlalu fokus. kadang2 bila di fikirkan sangat aku akan jadik bingung dan bermonolong dgn diri sendiri.. kalo benda positif x ape.. tapi kadang2 buleh tersasar.. nauzubillah.. aku salahkan diri, salahkan takdir, salahkan kehidupan yg awal sangat kawin.. mcm2 yg yg aku fikirkan.

Tapi bila aku baca buku2 motivasi, dengar ceramah agama, berkawan dengan orang baik akhlak, walaupun x banyak yg berubah dalam  kehidupan aku.. tapi yang sedikit itu yang membantu untuk aku bangkit.. aku perlu sedar bahawa hidup dalam perkahwinan bukan nak anak semata2. tapi mencari kebahagian, keberkatan dalam menuju cinta yang abadi hingga ke JANNAH Ilahi.

Benar anak itu pengikat kasih sayang dan penyambung waris suami isteri.. tapi bila kita fikir2. anak itu hak siapa? anak itu siapa yang punya? anak itu datang dari mana?  ANAK ITU HAK ALLAH.

Anak itu dilahirkan bersama AMANAH. Bukan suka suki diberi, Bukan untuk dibanggakan. Bukan mudah untuk melaksanakan AMANAH ini sebaikya.. Bila saya renungkan kembali.. ALLAH tahu saya dan suami mugkin belum sedia untuk melaksanakan AMANAH ini sebaik-baiknya.

Anak itu Amanah dari ALLAH, Anak itu Hak Allah. jadi kita perlu bertangjawap ke atasnya..

Wednesday, 4 July 2012

Selamat Hari Lahir Sayang

SELAMAT HARI LAHIR SUAMIKU..

Wahai Suamiku,

Perkenalan kita diaturkan Allah dalam suasana yang tidak terduga.. Tidak lama selepas perkenalan itu kau meluahkan perasaan cinta.

Hampir 3 tahun kita menjalinkan cinta,  kita diijabkabulkan di dalam suasana yang damai. Kita diraikan dalam suasana yang sederhana tetapi meriah..  Biarlah sederhana tetapi keberkatan majlis itu yang kita mahukan sebenarnya.

Wahai Suamiku,

Usia perkahwinan kita telah pun berusia 3 tahun bulan lepas. Alhamdulillah syukur dengan nikmat yang diberi. Dalam tempoh 3 tahun suka duka rumahtangga kita lalui bersama. Walaupun kita ini kita belum lagi dikurniakan zuriat, namum percayalah ALLAH nak beri rezeki yang lain dulu sebelum kita diberi anak.

 Wahai Suamiku,


Bersamalah kita menimba ilmu sebelum kita memiliki permata hati agar kelak kita menjadi ibu bapa, pendidik yang beriman dan bertangjawap kepada mereka.


Wahai Suamiku,

Pimpinlah tangan ku dan anak2 kita kelak menuju ke Jannah Ilahi..

Ya Allah, masukan kami dalam keluarga yang bersyukur.  Panjangkan umur suamiku dgn keberkatan. Limpahkan kehidupannya dengan rahmat kasih sayang mu.. Kurniakan kami zuriat yang solah dan solehah, yang mentaati perintahmu, yang menjauhi laranagn mu dan berberbakti kepada kedua orang tuanya. Amin.