Wahai Suamiku,
Perkenalan kita diaturkan Allah dalam suasana yang tidak terduga.. Tidak lama selepas perkenalan itu kau meluahkan perasaan cinta.
Hampir 3 tahun kita menjalinkan cinta, kita diijabkabulkan di dalam suasana yang damai. Kita diraikan dalam suasana yang sederhana tetapi meriah.. Biarlah sederhana tetapi keberkatan majlis itu yang kita mahukan sebenarnya.
Wahai Suamiku,
Usia perkahwinan kita telah pun berusia 3 tahun bulan lepas. Alhamdulillah syukur dengan nikmat yang diberi. Dalam tempoh 3 tahun suka duka rumahtangga kita lalui bersama. Walaupun kita ini kita belum lagi dikurniakan zuriat, namum percayalah ALLAH nak beri rezeki yang lain dulu sebelum kita diberi anak.
Wahai Suamiku,
Bersamalah kita menimba ilmu sebelum kita memiliki permata hati agar kelak kita menjadi ibu bapa, pendidik yang beriman dan bertangjawap kepada mereka.
Wahai Suamiku,
Pimpinlah tangan ku dan anak2 kita kelak menuju ke Jannah Ilahi..
Ya Allah, masukan kami dalam keluarga yang bersyukur. Panjangkan umur suamiku dgn keberkatan. Limpahkan kehidupannya dengan rahmat kasih sayang mu.. Kurniakan kami zuriat yang solah dan solehah, yang mentaati perintahmu, yang menjauhi laranagn mu dan berberbakti kepada kedua orang tuanya. Amin.

No comments:
Post a Comment