Daisypath Anniversary tickers
Catatan Kehidupan Seorang Khalifah

Monday, 9 July 2012

Anak

Lama x update blog sendiri.. huhu mcm sibuk sangat. ok sekarang nie aku rasa malas nak fikirkan pasal anak.. bukan x nak cuma x mahu terlalu fokus. kadang2 bila di fikirkan sangat aku akan jadik bingung dan bermonolong dgn diri sendiri.. kalo benda positif x ape.. tapi kadang2 buleh tersasar.. nauzubillah.. aku salahkan diri, salahkan takdir, salahkan kehidupan yg awal sangat kawin.. mcm2 yg yg aku fikirkan.

Tapi bila aku baca buku2 motivasi, dengar ceramah agama, berkawan dengan orang baik akhlak, walaupun x banyak yg berubah dalam  kehidupan aku.. tapi yang sedikit itu yang membantu untuk aku bangkit.. aku perlu sedar bahawa hidup dalam perkahwinan bukan nak anak semata2. tapi mencari kebahagian, keberkatan dalam menuju cinta yang abadi hingga ke JANNAH Ilahi.

Benar anak itu pengikat kasih sayang dan penyambung waris suami isteri.. tapi bila kita fikir2. anak itu hak siapa? anak itu siapa yang punya? anak itu datang dari mana?  ANAK ITU HAK ALLAH.

Anak itu dilahirkan bersama AMANAH. Bukan suka suki diberi, Bukan untuk dibanggakan. Bukan mudah untuk melaksanakan AMANAH ini sebaikya.. Bila saya renungkan kembali.. ALLAH tahu saya dan suami mugkin belum sedia untuk melaksanakan AMANAH ini sebaik-baiknya.

Anak itu Amanah dari ALLAH, Anak itu Hak Allah. jadi kita perlu bertangjawap ke atasnya..

No comments:

Post a Comment