Daisypath Anniversary tickers
Catatan Kehidupan Seorang Khalifah

Monday, 28 May 2012

Penyusuan Susu Ibu

Agak lama x menulis blog. ok hari ini hati terdetik nak kongsikan impian aku.. impian ape tu.. impian untuk memiliki pam susu. Ia sekadar impian, dalam hati sudah pasang niat untuk menyusukan zuriat sehingga 2 tahun atau lebih.

Di sini ada beberapa keping gambar pam susu yang menjadi impian:

   




Avent Singel tu sekitar RM 650.00 Hingga RM 899.00. Avent Double pump selalunya sekitar RM 1500.00 hingga RM 2000.00 Harga bergantung di mana kita beli. Online selalunya murah sedikit berbanding di kedai barang bayi.





Yang comel nie nama dia medela swing. Harga sekitar RM 650.00 hingga RM 799.00 Harga bergantung di mana kita beli. Medela Swing nie singel pump tapi jika kita kreatif kita buleh jadikan dia double pump anda x caya kita tengok video nie:


Seterusnya pilihan idaman kalbu saya Medela Freestyle






Sebesar tapak tangan, ade lampu LED, anda boleh mengepam sambil membasuh baju, mencuci pinggan, malah semasa menulis blog pon buleh gunakan pam nie dengan selesa. Harga dia agak tinggi sekitar RM1800.00 hingga RM 2299.00.

Ini sekadar impian saya.. Beli ikut kemampuan, ukur baju di badan sendiri.. Jika kita sudah pasang niat menyusukan zuriat kita, maka kita harus mencari ilmu berkaitan dengannya. Biarlah ilmu dan niat itu seiring, kerana tanpa ilmu kemungkinan kita x dapat langsanakan ape yang kita niatkan. Malah doa juga memainkan peranan besar sebelum ibu2 mengambil makanan yang berkhasiat.

PENYUSUAN SUSU IBU ADALAH SUNNAH

*** SUMBER GAMBAR DIAMBIL DARI MR.GOOGLE







No comments:

Post a Comment