Hari nie anis nak cerita lagi pasal susu ibu.. Kali ini menjurus kepada wanita yang menjadi idola dalam dunia penyusuan susu ibu.. Ibu2 ini wanita yang berkerjaya dan menyusukan anak. walaupun sibuk dengan kerja tetapi mereka tetap melaksanakan sunnah dan fitrah ini.. oh ya.. SUSU IBU ADALAH HAK ANAK.
jadi marilah kita menuntut ilmu ini sedalamnya.
Wardina Safiya dan familynya..
(sumber gambar : MR GOOGLE)
Farah Farhan Fattah dan family
(sumber gambar : MR GOOGLE)
Gambar lain akan di upload lain kali .. Sekian untuk kali ini.. wassalam.
Bismillahirahmannirahim.. Hari nie saya nak kongsikan salah 1 pekara tentang wanita.. Pekara itu adalah penyusuan susu ibu. Penyusuan susu ibu ada fitrah dan sunnah.. Video kat bawah nie adalah sedikit sebanyak tentang penyusuan susu ibu.. Huhu saya suka brand AVENT.. bukan ape brand nie bagus dan mudah didapati.. jom kita layan jap..
part one
part two
Jenis-jenis pum avent dan cara penggunanya.
Jika ada lebih duit saya mahu memiliki semua jenis pum AVENT.. Ini adalah salah satu azam saya.. Mahu menyusukan anak saya sehingga 2 tahun atau lebih. Penyusuan susu ibu adalah FITRAH DAN SUNNAH..
Lirik Dalam Arab ------------------------------------------------------------------- عبد الرحمن محمد -- لو كان بيننا الحبيب ------------------------------------------ يا ربي قد غفلنا وكلنا طمع في عفو وفي كرم وفي اعتاق وجنة مع سيد البشر ندعوك... ندعوك ربي من الأعماق
لو كان بيننا الحبيب # لدنا القاصي والقريب من طيبة قبل المغيب # طالباً قرب الحبيب
بقربه النفس تطيب # وتدعوا الله فيجيب أنوار طه لا تغيب # بلغنا لقاه يا مجيب
هداك الكون الرحيب # رحمة الهادي القريب حديثك النهر العذيب # جوارك الغصن الرطيب فدتك روحي يا حبيب # محمد مكرم الغريب بقربك الروح تطيب # يا رحمة للعالمين
يا حبيبي يا محمد # يا طبيبي يا ممجد أنت ذوالفضل المؤيد # جل من صلى عليك
Dalam sehari, dalam masa 24 jam kita diberi ruang dan peluang di atas muka bumi yang indah ini. Kita diberi peluang untuk menjadi khalifah, kita diberi ruang untuk menambah kebaikan di dalam kehidupan kita. Sibuknya kita.. ada sahaja pekara yang kita buat..
Tapi ada sesuatu yang kita boleh terlepas pandang, salah satu darinya adalah rasa syukur kita kepada Pencipta kita. Pencinta yang tiada tara. Tempoh 24 jam yang diberi pada kita agak-agaknya berapa jam yang kita ungkapkan rasa syukur kepada PENCIPTA & PENCINTA kita.
Bila saya pandang balik pada diri saya sendiri, saya akui yang saya sendiri kurang bersyukur dengan apa yang ada.. SERIUS sangat SERIUS.. kenapa saya katakan begitu
Antaranya:
1. Saya tidak menjaga waktu solat saya sebaiknya. Saya kadang2 terleka dengan urusan dunia. Saya juga kadang2 lebih suka menonton tv dari memenuhi panggilan solat terlebih dahulu. Jika saya BERSYUKUR saya pasti menjaga waktu solat saya bahkan istiqomah diawal waktu.
2. Saya tidak menjaga aurat saya dengan sewajarnya. Saya terleka dengan hiasan dunia yang sementara dengan memakai pakaian yang tidak sepatutnya. Saya juga pernah memperlihatkan rambut saya kepada lelaki yang bukan mahram saya. Jika saya BERSYUKUR saya pasti menutup aurat saya sepenuhnya dari pandangan mata yang lain selain dari yang halal bagi saya.
Bila saya fikirkan kembali dengan apa yang ALLAH dah beri pada diri saya.... saya merasakan diri saya perlu membuat perubahan sedikit demi sedikit, perubahan kepada wanita yang lebih baik. Wanita yang menjaga solatnya, Wanita yang menjaga auratnya dan paling utama menjadi HAMBA ALLAH yang bersyukur.
Mari kita ungkapkan rasa syukur kita kepada PENCIPTA & PENCINTA kita.