Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Setiap ujian yang datang ada hikmah yang tersembunyi.. ujian yang datang itu bukan saja2.. tapi untuk uji keimanan kita kepada Allah.. Lebih Tepat lagi tahap kebergantungan kita pada pencipta kita.. Bila kita leka dengan urusan dunia, kita juga akan leka hubungan kita dengan pencipta kita.. betul lagi benar itu yang berlaku pada diri saya sendiri..
Bila sibuk degan urusan dunia, kualiti solat tergangu, mengaji Al-quran tenggelam timbul, tinggalkan solat sunat yang selalu buat... ohhhh bila ujian datang, barulah kita jaga kualiti solat, mengaji setiap hari.. Allah rindu rintihan dan tangisan saya.. Allah mahu saya lebih dekat dengan dia..
Bila direnung2kan semula ALLAH SANGAT SAYANGKAN HAMBANYA. Sebab itu dia beri peringatan pada kita supaya jangan jauh dariNYA. Pada NYA tempat sebaik-baik bergantung, tempat yang paling tepat untuk memohon segala-galanya..
Ya Allah, ampuni aku kerana aku sering alpa dalam mengingatimu..

No comments:
Post a Comment